ISAAC NEWTON

        
Potret Isaac newton


BIODATA

Sir Isaac Newton (إسحاق نيوتن; lahir 4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan hukum-hukum gerakan Newton dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan. 



KISAH HIDUP

Isaac Newton dilahirkan pada 4 Januari 1643 [KJ: 25 Disember 1642] di Woolsthorpe-by-Colsterworth, sebuah desa di kaunti Lincolnshire. Pada saat kelahirannya, masyarakat Inggeris masih mengguna pakai kalendar Julian sehingga hari kelahirannya dicatat sebagai 25 Disember 1642, yakni pada hari N
Krismas. Ayahnya yang juga bernama Isaac Newton meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton. Newton dilahirkan secara pramatang; dilaporkan pula ibunya, Hannah Ayscough, pernah berkata bahwa beliau dapat muat ke dalam sebuah cawan (≈1.1 liter). Ketika Newton berumur tiga tahun, ibunya berkahwin lagi dan meninggalkan Newton di bawah asuhan neneknya, Margery Ayscough. Newton pada zaman muda tidak menyukai ayah tirinya dan menyimpan rasa benci terhadap ibunya karena menikahi lelaki tersebut, seperti yang tersingkap dalam pengakuan dosanya ketika umur 19 tahun: "Threatening my father and mother Smith to burn them and the house over them."





Ahli Apa??

Sir Isaac Newton FRS PRS (25 Disember 1642 - 20 Mac 1726/27[1]) ialah seorang ahli fizik, matematik, astronomi, ahli falsafah semula jadi, ahli alkimia, ahli teologi dan penulis Inggeris yang diiktiraf secara meluas sebagai salah seorang ahli matematik, ahli fizik, dan penulis terhebat. saintis paling berpengaruh sepanjang zaman. Beliau adalah seorang pengikut sekolah heliosentrik dan merupakan seorang saintis yang sangat berpengaruh sepanjang sejarah, malah dikatakan sebagai bapa fizik klasik.



PENEMUAN

1.Teleskop Newton

Teleskop Newton

Pada awal tahun 1670 Newton membuat teleskop jenis baru yang berbeza dan lebih kuat daripada teleskop Galileo. Galileo menjadi penemu pertama teleskop enam puluh tahun lebih awal dari masa Newton iaitu tahun 1608. Teleskop Newton ini disebut teleskop pantul, perbezaannya terletak pada cermin yang diganti dengan kanta. Teleskop ini menjadi terobosan yang sangat penting. Ia berupaya menemukan bahan yang sesuai untuk teleskopnya tersebut. Isaac Newton menggosok kantanya sendiri dari gubahan khusus logam spekulum yang sangat reflektif, menggunakan cincin Newton untuk menilai mutu optik teleskopnya.

Pada tahun 1671 Royal Society meminta demonstrasi teleskop pantulnya.
Penghargaan semacam ini mendorongnya untuk menerbitkan catatannya, On Colour (Tentang Warna), yang kemudian dikembangkannya menjadi Optik.




2. Optik, Cahaya dan pelangi




Newton begitu tertarik dengan bidang optik dan fenomena cahaya. Selama ia menempuh pendidikan di Cambridge, Newton menghabiskan waktu berbulan-bulan untuk berkeksperimen menggunakan prisma untuk memahami fenomena cahaya di ruangannya.

Ketika Newton mengajar bidang optika pada 1670-1672, ia menginvestigasi refraksi cahaya, menunjukkan bahwa kaca prisma dapat menguraikan cahaya putih menjadi berbagai spektrum warna, lensa dan prisma akan menggabungkan kembali cahaya-cahaya tersebut menjadi cahaya putih.

Newton menemukan bahwa cahaya yang normal sebenarnya terdiri dari spektrum warna. Dengan menggunakan prisma cahaya putih dapat mengurai menjadi warna pelangi dan memadukannya kembali cahaya yang terurai itu menjadi warna putih.

Meskipun terobosan dalam optik, Newton tidak mempublikasikan hasilnya sampai tahun 1704, Opticks, yang dianggap risalah ilmiah terbaik kedua setelah Principia yang dihasilkan Newton





3. Graviti


Prinsip memuat karya Isaac Newton yang pertama kali diterbitkan tentang gerakan planet dan graviti. Idea Newton menemukan Teori Graviti, dipercayai ketika Newton melihat epal jatuh dari pokok saat sedang duduk di bawah pokok pertanian keluarganya.

Ia mengemukakan jika gaya graviti menarik epal dari pokok, maka berpeluang juga melakukan tarikan terhadap benda lain. Teori Newton membantu membuktikan semua benda, sekecil epal dan seberat planet, tunduk pada gr
aviti.






4.Alkimia



Pada saat itu, alkimia setara dengan kimia. Newton sangat tertarik dengan bidang ini selain karya-karyanya di bidang fizik. Dia melakukan banyak eksperimen dalam kimia dan membuat catatan tentang pembuatan batu filsuf.

Newton tidak berhasil dalam upaya ini tetapi dia berhasil menemukan banyak jenis paduan termasuk paduan tembaga ungu dan paduan yang dapat melebur (Bi, Pb, Sn)



5. Kalkukus

Contoh Kalkulus

Kejayaan konseptual yang dipanggil kalkulus adalah kunci kepada kemajuan yang tidak terkira banyaknya dalam semua bidang sains.

Newton menulis kertas matematik pertamanya di Cambridge pada Mei 1665, kemudian dia menyelesaikan kertas kedua, lebih maju, di Woolsthorpe pada November dan kemudian tiga lagi semasa wabak 1666. 

Kerjanya termasuk kaedah revolusioner yang kita kenali sebagai kalkulus. Newton mencipta kalkulus kerana keterbatasan matematik pada masa itu.

Kalkulus menjadi penting kerana ia menyediakan kaedah untuk menyelesaikan masalah kompleks tentang orbit, lengkung dan isu lain yang tidak dapat diselesaikan oleh geometri klasik. 

Kalkulus sangat sesuai untuk cabaran ini kerana ia menghasilkan maklumat tentang perkara yang sentiasa berubah seperti kelajuan objek jatuh. Dalam kalkulus, Newton meletakkan rangka kerja asas untuk memahami masalah ini dan untuk membuat pengiraan yang dijelaskan oleh konsepnya tentang undang-undang gerakan dan graviti.



PENCAPAIAN

Pencapaiannya yang paling ketara ialah undang-undang pergerakan, yang meletakkan asas mekanik sebagai disiplin saintifik. Dia menemui undang-undang graviti dan membangunkan kalkulus (pembezaan dan kalkulus), yang telah menjadi alat penting untuk ahli fizik dan ahli matematik sejak itu. Newton membina teleskop pemantul pertama dan merupakan orang pertama yang menguraikan cahaya menjadi spektrum warna menggunakan prisma. Dia juga menyiasat fenomena haba, akustik dan kelakuan cecair. Unit kuasa, newton, dinamakan sempena namanya. 

Newton juga menangani isu teologi topikal, membangunkan teori metodologi yang tepat. Tanpa pemahaman yang betul tentang idea Newton, kita tidak akan dapat memahami sepenuhnya sama ada banyak empirisme Inggeris, atau Pencerahan, terutamanya Perancis, atau Kant sendiri. Sebenarnya, "minda" ahli empiris Inggeris, terhad dan dikawal oleh "pengalaman", yang tanpanya dia tidak boleh lagi bergerak bebas dan sesuka hati dalam dunia intipati, adalah "minda" Newton.

 Harus diakui bahawa semua penemuan ini digunakan secara meluas oleh manusia di dunia moden dalam pelbagai bidang sains.



SUMBER CARIAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Isaac_Newton
https://tekno.tempo.co/read/1546574/7-penemuan-isaac-newton-yang-mengubah-dunia?page_num=2
https://kerchtt.ru/ms/zhizn-i-deyatelnost-isaaka-nyutona-velikii-matematik-isaak-nyuton/
https://id.m.wikipedia.org/wiki/Isaac_Newton

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN